 |
Bersama Mama |
 |
Bersama Papa |
Aidil Fitri kali ini, giliran raya pertama di Kota Tinggi. Kami pulang pada 27 Ramadan lalu dan singgah di Segamat untuk mengambil tempahan kuih kegemaran ibu dan ibu mertuaku - kuih 'cheese cake' yang berkhasiat! Terima kasih Kak Yah (Puan Ruwiyah) kerana sudi terima tempahan 'last minute' ku. Oleh kerana laluan yang sama, kami sekeluarga mengambil kesempatan singgah rumah
Mama dan Papa - mereka adalah keluarga yang telah banyak berjasa padaku terutama dalam menjaga dan membesarkan anak-anakku sewaktu berkhidmat di Segamat dahulu.
 |
Danish luka... |
Pada 28 Ramadan pula, aku sekeluarga bersama keluarga adik keempatku, Kamariah, berkesempatan melawat adik keenamku, Nizam, yang patah kaki akibat kemalangan jalanraya pada bulan Julai lepas, di rumah ibu mertuanya di Johor Bahru. Lega melihat mereka sekeluarga sihat! Sebelum pulang, Danish mendapat satu luka sebagai 'hadiah kenangan' - terlanggar pasu bunga. Alamak, terlupa pula nak letak minyak gamat dalam kereta!
 |
Lebuhraya Senai-Desaru - Laluan Kami |
Kemudian, kami dua keluarga berbuka puasa di rumah adik pertamaku, Salina, di Pasir Gudang. Lepas berbuka, kami tiga keluarga bersolat tarawih untuk malam 29 Ramadan di surau berhampiran. Kebetulan pula, adik iparku, Yusof, merupakan imam ketiga di surau tersebut. Semasa berjalan kaki menuju ke surau, Ina bercerita: "Inilah surau yang Ina dengar boss kak Ana ceramah tentang haji...hemm...namanya Prof Dr Hj Muhd Kamil."
Ini merupakan ziarah pra-raya yang paling terindah buatku!
Assalamulaikum kak, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin jua drpd saya sekeluarga. Have a good Syawal ya :-)
ReplyDelete