Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Friday, April 29, 2011

Puncak Harungi Debar (PhD): Puncak Alam Banjir?

Satu dunia telah maklum bahawa hari ini (29 April) merupakan "Royal Wedding: William and Kate". Penduduk dan Keluarga Diraja Britain berdebar menunggu tarikh bersejarah ini. Aku dan suami hanya tersenyum pabila menonton iklan dan program TV Pengantin Diraja Britain ini kerana tarikh itu adalah tarikh ulangtahun perkahwinan kami yang ke-16. Berdebar juga sebab dah lebih satu dasawarsa melalui gerbang perkahwinan ini dan pelbagai ujian diharungi bersama. Bukan hanya tiga rasa ujian yang mendatang, malahan rasa hybrid pun ada! Moga aku menjadi isteri yang lebih dicintai suami dan dirahmati Allah senantiasa.


Seawal pukul 4.00 pagi aku sudah terjaga dan mata tak boleh lelap lagi. Teringat rakan karibku, ZD, yang akan viva PhDnya hari ini. Aku yang berdebar lebih. Beliau merupakan rakan yang serius mengajak aku membuat penyelidikan semasa di UiTM Johor. Aku rasa amat bertuah kerana mendapat seorang kawan seperti beliau. Aku doakan segalanya dipermudahkan buat beliau. Tiba-tiba kudengar bunyi hujan turun dengan lebatnya. Dalam hati berkata: "Ooo...hujan di Kota Kemuning semalam, dah sampai Puncak Alam rupanya." Hujan terlalu lebat daripada biasa. 

Longkang besar air melimpah
Alur air di tebing bukit - air deras!
Suamiku yang menghantar Danish ke sekolah berkata: "Jem teruk, sebab banjir kilat jalan ke sekolah." Aku hanya mengangguk tetapi hatiku seakan tidak percaya; walaupun logiknya ada. Sewaktu menyusur jalan ke Shah Alam, sekitar pukul 10 pagi, suamiku menunjukkan kawasan dan longkang-longkang besar dipenuhi dengan air; melimpah ruah. Air naik di laluan dari Felda Bukit Cerakah dan laluan dari Taman Industri Alam Jaya (TIAJ). Kami di Puncak Alam tersekat, tak boleh keluar. Kami tak jadi ke Shah Alam. Orang ramai yang nak ke tempat kerja terkandas! Ada yang menelefon majikan masing-masing dan majikan seakan tidak percaya Puncak Alam banjir! 
Kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Teringat kisah banjir dan bahtera Nabi Nuh (kisah penemuan misteri bahtera itu diterbitkan pada 28 April 2010 di Berita Harian Online). Moga kita semua insaf dan mensyukuri segala nikmat Allah dengan menterjemahkannya dengan cara yang benar-benar BETUL dan BENAR; bukan berbaur halal dan haram. 

Air naik di Felda Bukit Cerakah
Kenderaan Yang Mencuba Nasib


Air melimpah ke ladang kelapa sawit
Terjejas tanaman dek arus air
Kiri kanan Jalan Laluan ke TIAJ

Orang ramai menunggu air surut

1 comment:

  1. 1) Tahniah kepada kawanku,ZD, yang dah berjaya viva PhD semalam
    2) Tahniah buat Nana(zarina juga) yang selamat melahirkan anak lelaki semalam
    3) Aku juga seronok sbb kucingku, Dello, telah dijumpai semula pagi tadi. Dia menyorok dalam almari baju semalaman.

    ReplyDelete