Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Tuesday, October 18, 2011

Petua Hadapi Domba(PhD): Sikap Yg Syar'i

Dapatkan buku ini untuk
Fahami Makna Fitnah
Baru minggu ini aku berkesempatan membaca buku bertajuk 'Fitnah Akhir Zaman: Menyikapi Huru-Hara Dan Kekacauan di Akhir Zaman' ditulis oleh Dr Muhamad bin A.W. al-'Aqil(2010), yang telah kubeli sewaktu Pesta Buku Antarabangsa 2011 lalu. Walaupun sempat membaca dua bab, tetapi kandungannya amat terkesan buatku.

Fitnah telah berlaku sejak lama dulu. Cuma mekanisma untuk tersebar luas KINI, lebih pantas dengan adanya kemajuan teknologi ICT. Sebagai seorang muslim kita harus mengetahui bagaimana sikap syar'i yang diajarkan oleh Islam apabila berhadapan dengan permasalahan fitnah. Buku ini menggariskan 5 sikap (nota: huraiannya boleh dibaca dari buku di atas) yang dapat menyelamatkan seseorang dari fitnah iaitu:-
  1. WAJIB memilih dan meneliti KEBENARAN setiap informasi pada saat terjadinya fitnah
  2. Komitmen terhadap jamaah muslimin dan imam mereka
  3. Tidak berkecimpung dalam permasalahan fitnah kecuali dengan ILMU yang SHAHIH
  4. Meninggalkan peperangan ketika terjadi fitnah
  5. BERTAUBAT dan kembali kepada Allah ketika terjadi fitnah
Kita tidak dibenarkan tergesa-gesa dalam menghukum informasi hingga terbukti kebenarannya. Perlu buat penelitian ke atas sumber informasi. Jika kita tidak tahu adalah lebih baik untuk diam (tak sebarkan) atau serahkan isu sensitif kepada Ulil Amri (pemerintah, ulama dan dewan syura yang memiliki keilmuan yang matang, intelektual, pendapat yang lurus dan bersikap bijak). Para sahabat Rasullullah saw tidak membiarkan isu-isu sensitif beredar di tengah masyarakat awam dan/atau jatuh ke tangan orang yang bukan ahli KERANA masyarakat tidak mampu mencernanya dengan tepat dan mungkin terjadi lebih banyak fitnah

ICT hanyalah satu alat...maka janganlah kita pula diperalatkan dan diperhambakan oleh ICT. Marilah kita gunakan ICT untuk memartabatkan Islam. Jauhilah segala bentuk kemungkaran termasuk fitnah semasa menggunakan ICT agar kita selamat dunia dan akhirat (Ingatan ini untuk diriku juga!). 

2 comments:

  1. Salam kak, thanks for the info. Saya doakan Insya Allah, rezeki akak, bakal menjadi tetamu Baitullah suatu hari nanti.Not to worry ya kak. You'll be there, Insya Allah. Amin

    Fadzlina

    ReplyDelete
  2. Thanks Fadzlina for the doa. Rasa terharu ada orang sudi doakan. Akak doakan utk Fadzlina juga. Manalah tahu, Allah izinkan kita bersua muka di Baitullah.

    ReplyDelete