Ada apa pada benda-benda ini hingga
ketagihan? Ketagih Internet sebab pantas
dapat maklumat. Ketagih Facebook sebab pantas bersosial. Ketagih Twitter sebab
pantas 'twit' mesej. Ketagih blog sebab pantas papar hasil penulisan. Ketagih
handphone sebab pantas hubungi sesiapa di mana saja yang dalam lingkungan.
Ketagih ipad sebab pantas akses Internet dan handphone. Ketagih komputer sebab
pantas untuk main game dan buat tugasan/kerja.
Doa mula dan akhir kerja |
Lagipun, kita selalu bergerak bertentangan
dengan asal kejadian kita sebagai manusia. Manusia dijadikan secara
berperingkat-peringkat. Manusia dalam kandungan perlu melalui 9
bulan tumbesaran. Tak boleh cepat sangat ...nanti mati atau tak normal! Kalau dah ditakdirkan terlahir awal, doktor akan beri EXTRA CARE untuk memastikan tahap kesihatan manusia pada tahap normal. Manusia mula matang pada umur 9 - 13 tahun bergantung kepada
pengalaman kehidupannya. Allah turunkan Al-Quran dan solat juga secara berperingkat-peringkat.
Namun, adakah kita perlu berpatah balik untuk tidak menggunakan teknologi? TIDAK...tapi kita perlu ada EXTRA CARE. Marilah kita sama-sama ubah objektif
hidup kita daripada objektif mahu CEPAT capai sesuatu
matlamat kerana DUNIA kepada mahu CEPAT capai sesuatu matlamat kerana ALLAH swt. Dengan kawalan mengikut Al-Quran dan As-Sunnah sahaja yang
mampu mengatasi segala KETAGIHAN yang ada.
No comments:
Post a Comment