(Ada unsur keganasan dalam video ini)
Semasa kita sibuk menyambut Hari Kanak-kanak sedunia bulan Oktober ini, dunia telah digemparkan dengan kisah kanak-kanak di China dilanggar 2 kali dengan van tanpa diendahkan oleh orang yang melanggar dan orang ramai yang lalu lalang. Kanak-kanak tersebut kini koma. Seluruh dunia mengutuk perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini. Mengapa Allah swt turunkan insiden seperti ini? Petunjuk apakah yang Allah cuba berikan kepada manusia yang dilantik sebagai khalifah di dunia ini?
Walau apa pun alasan yang diberi terhadap insiden ini, ia adalah satu petanda yang menunjukkan manusia telah gagal menjalankan tugasnya sebagai khalifah dengan baik (termasuklah diriku sendiri). Manusia telah terpupus rasa tanggungjawabnya sesama insan. Lebih daripada 10 individu di tempat kejadian, mereka hanya lalu, lihat dan pergi. Sikap lalu, lihat dan pergi ini adalah sifat individualistik dan lebih teruk daripada haiwan.
Insiden di Malaysia pada tahun 2010, adik Syafiah Humairah, 3 tahun, meninggal dunia selepas didera teman lelaki ibunya di padang bola berhampiran rumah. Ramai saksi (orang di padang bola dan jiran di kawasan perumahan) yang hanya mampu melihat adik Syafiah didera hingga mati. Insiden pada awal tahun ini, seorang pelajar sekolah agama didera, adik Saiful Syazani Saiful Sapfidee, 7 tahun, meninggal dunia setelah 3 hari koma. Mungkin ramai insan di sekolah yang tahu TETAPI hanya mampu lalu, lihat dan pergi.
Kasihan anak-anak ini....mereka perlukan orang dewasa untuk terus hidup dan mengenal erti hidup. Orang dewasa yang diharapkan telah hilang pertimbangannya dek nafsu, kuasa, kebendaan dan rasukan syaitan!
Kasihan anak-anak ini....mereka perlukan orang dewasa untuk terus hidup dan mengenal erti hidup. Orang dewasa yang diharapkan telah hilang pertimbangannya dek nafsu, kuasa, kebendaan dan rasukan syaitan!
Pastinya ada banyak insiden seperti ini telah dan akan berlaku tapi iman kita tak mampu untuk bangkit membantu. Iman kita lebih nipis dari kulit bawang. Marilah kembali kepada ajaran Islam. Islam telah mengajar kita agar saling ingat-mengingati dan bantu-membantu dalam "menyuruh perkara kebaikan dan mencegah perkara keburukan." Kita tak boleh suruh orang berbuat baik sahaja TETAPI pada masa yang sama kita biarkan orang berbuat kejahatan. Ingatlah antara wasiat Rasullullah saw dalam khutbah terakhir baginda:-
Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun supaya orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim ialah saudara kepada Muslim lain.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untukdipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah supaya jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas kewafatanku.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan sunnahku.
No comments:
Post a Comment