Alangkah gembiranya hatiku pabila adikku, Adam, memberitahuku bahawa mak abah akan bermalam di rumahku. Mereka datang untuk menemani Adam yang menghadiri temuduga kerja di Wisma Rohas Perkasa, Kuala Lumpur. Terima kasih kepada Adam kerana telah berjaya membuat perancangan yang rapi untuk mak abah bermalam di Puncak Alam dan juga di Batu Gajah, Perak. Dapatlah mak abah melihat perubahan Kuala Lumpur dan juga meninjau tempat kerja Farid di KTM, Batu Gajah.
Sementara menunggu Adam selesai temuduga pukul 4 petang, aku dan suami membawa mak abah makan tengahari di Tugu View Cafe, melawat Tugu Peringatan Negara, solat Zohor di Masjid Wilayah Persekutuan dan window shopping di KLCC. Mak abah beli kasut di KLCC sebagai kenang-kenangan!

Malam sebelum berangkat ke Batu Gajah, aku sempat menjamu mak abah hasil masakanku iaitu masak bening tauhu lembut dicampur sayur penyejuk badan dan stim ikan kembong. Simple saja masakanku tapi tetap membuka selera mak, abah dan Adam yang masih keletihan. Walaupun ada nasi dan lauk panas-panas, mak seperti kebiasaan menghabiskan masakan yang tidak habis dulu iaitu nasi gorengku pagi tadi.
![]() |
Kenangan Bersama Pelakon Kuswadinata |
No comments:
Post a Comment