Menonton salah satu siri drama Dilema Wanita di Astro Oasis bertajuk "Hati Atikah" membuatkan aku menangis, tidak dapat menahan sebak. Kisah dilema seorang isteri berkerjaya bernama Atikah yang tertekan dengan kerenah ibu mertua yang mempertikaikan kewibawaan Atikah sebagai isteri. Semua yang dibuat oleh Atikah, tidak pernahnya betul. Atikah terus tertekan dan ditekan. Suami Atikah tidak mampu bersuara dan pada masa yang sama beliau juga mencintai isterinya. Selepas satu musibah yang menimpa pada suami Atikah, barulah si ibu mertua ini berubah. Jalan ceritanya mudah dan sangat mudah difahami.
Hanya buku berwarna pink yg Belum Kumiliki |
Banyak lagi dilema yang dilalui dalam bahtera perkahwinan. Penyelesaian yang syar'i sahaja mampu membuatkan bahtera perkahwinan ini selamat dunia dan akhirat. Yang menarik perhatianku ialah salah satu pesanan Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah sebelum drama ini berakhir iaitu "Takkan nak tunggu musibah berlaku, baru nak berubah." Pesanan ini sungguh menusuk kalbuku kerana terdapat ramai orang yang masih tidak mahu berubah walaupun telah banyak musibah berlaku. Malahan menantu perempuan terus dipersalahkan, yang paling tragik diceraikan dan digantikan dengan menantu baru. Begitulah beratnya...salah satu ujian dalam perkahwinan.
- Ayat 5: Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan
- Ayat 6: Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan
- Ayat 7: Maka apabila engkau telah selesai dari sesuatu urusan, tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain.
- Ayat 8: Dan hanya kepada Tuhanmu sahajalah engkau berharap
No comments:
Post a Comment