 |
Free Beg tajaan CIMB Islamic
Halfest 2011 |
 |
Susu Ilham...Kau Ilhamku? |
 |
Sama Nama, Sharifah |
Promosi
Halfest 2011 di papan iklan telah kulihat sejak 26 Sept lalu. Aku berkesempatan menghadiri pesta ini semalam (13/10/11) bagi memberi
sokongan kepada mereka yang telah berjihad untuk memastikan muslim menggunakan sesuatu yang
HALAL di sisi Allah swt. Semoga mereka ini terus tabah mengharungi cabaran dalam menegakkan hukum Islam di bumi Malaysia ini.
Pelbagai produk halal dipamerkan dari makanan, minuman, buku, pinggan mangkuk, pakaian, hartanah, kosmetik, produk kesihatan berasaskan herba hinggalah alat pembuatan untuk pengilangan. Dalam tak larat, kami sempat juga habiskan lawatan kesemua tiga dewan pameran ini. Lenguh kaki! Tapi tak apa...kami akan mencuba produk DIMAZ setelah mendapat khidmat nasihat dari Encik Musa. Di samping mendapat ilmu yang bermanfaat di pesta, aku dan suami terjumpa dengan rakan sekerja di UiTM Segamat, Prof Madya Ismail Shari, bekas pelajar UiTM Segamat iaitu Izat, Shuhaimi dan Nurul. Berilah sokongan anda dengan meluangkan masa untuk hadir Halfest 2011 dari 12 - 16 Oktober 2011 di PWTC.
 |
Selamat Datang ke Halfest 2011 |
 |
Terima kasih kerana ke Halfest 2011 |
 |
Prof Madya Ismail Shari |
 |
Pelajar UiTM Segamat & Shah Alam |
 |
Kopi Mahkota Dewa dari Johor |
 |
Ladang Gaharu, Trengganu |
 |
Usahawan Johor |
 |
Usahawan Kelantan |
 |
Jutawan Muda, Irfan Khairi |
 |
Encik Musa, DIMAZ |
No comments:
Post a Comment