 |
Nasi Kandar |
Cuaca hari ini tidak secerah semalam (9/10/11:cantik nombor ni!). Semalam kami sekeluarga tidak dapat menikmati nasi kandar Fareed's Line Clear kerana tutup. Untuk makan tengahari, kami mencuba masakan pelbagai lauk pauk kampung di Restoran Rasa Le Lagi, Bukit Rahman Putra. Boleh tahan masakannya! Lain kali boleh makan lagi - nak rasa lontong dan laksa Johor.
 |
Taman Tasik Biru |
Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, kulihat pemandangan sungguh indah. Langitnya sungguh biru, sebiru-birunya. Kelompok awan putih juga banyak. Cuacanya sungguh cerah. Ditambah pula dengan pemandangan hijau sepanjang jalan. Perkataan biru telah membuatkan suamiku rasa teruja untuk meninjau kawasan Tasik Biru yang selama ini kami lihat dari atas Lebuhraya Guthrie sahaja.
Beginilah indahnya pemandangan yang sempat kurakamkan. Berikut adalah doa ketika melihat perkara yang disukai (buku Zikir, Doa dan Wirid di Tanah Suci oleh Ustaz Zahazan & Mohd Azrul Azlen, ms 99):
الحمد لله الذي بـنعمته تتم الصالحات
Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatNya sempurnalah segala kebaikan.
 |
Nun....Kelab Golf Rahman Putra |
 |
Suasana Dusun, Lorong Melati |
 |
Langit Biru, Awan Putih, Pokok Hijau |
 |
Laguna Biru dari Jalan Setia |
 |
Tempat Rekreasi di Tasik Biru |
 |
Tasik Biru Cantik |
No comments:
Post a Comment