Ustaz Kazim |
Baju kotor bertimbun dalam bakul dan ditambah dengan baju kotor dari bagasi. "Letihnya badan...kalau tak dibasuh baju yang bertimbun...siapa lagi yang nak membasuhnya? Sendiri juga susah..." itulah antara rintihan hati setiap kali pulang dari kampung, bercuti atau kerja out-station. Dulu...aku pasti stres.
Kini...bila aku lihat baju bertimbun, aku pasti tersenyum kerana ungkapan Ustaz Kazim tentang wanita menguruskan kain dalam salah satu CD ceramahnya. "Kasihan orang perempuan ni, dari buka mata waktu pagi hingga tutup mata waktu malam....semuanya pasal kain. Pagi basuh kain, tengahari angkat kain dari ampaian, petang lipat kain, malam gosok kain, susun kain, pergi shopping beli kain dan hemm...bila dah nak tidur kena buka kain pula (riuh penonton ketawa)." Semua perbuatan tersebut nampak remeh tapi jika dibuat dengan niat tulus ikhlas kerana Allah swt serta diiringi zikirullah, maka besarlah ganjaran pahalanya.
Slim Kaki Iron Board! |
Selesai membasuh, baju perlu dikeringkan. Jika tiada mesin pengering baju, baju perlu disidai menggunakan penyangkut baju dan disusun di ampaian mengikut kesesuaian. Tunggu beberapa jam untuk kering, kemudian diangkat dari ampaian untuk proses digosok atau dilipat. Menggosok baju memerlukan kesabaran dek panas dari seterika dan kekusutan kain. Bagiku pula, proses menggosok mengambil masa 5 jam bagi semingggu cucian. Kekadang...sehingga kejang urat di betis!
Baju Digantung Penuh Tersusun? |
Aku tidak berapa ingat bagaimana aku mendidik tiga heroku untuk menguruskan pakaian harian dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang. Yang aku pasti...sejak tinggal di asrama, mereka telah tahu bagaimana menguruskan pakaian walaupun standardnya perlu diperbaiki lagi. Harapanku, agar pengalaman mereka ini mampu menghargai wanita yang telah dan akan menguruskan pakaian harian mereka. Penghargaan yang tidak memerlukan jutaan ringgit...hanyalah ucapan dan bisikan terima kasih yang tulus ikhlas, sudah mampu meleraikan segala kepenatan dan meruntun rasa kasih. Aku juga mengimpikan agar suatu hari nanti...ada sebuah mesin yang berupaya mencuci, mengering, menggosok dan melipat pakaian mengikut khendak pengguna.
No comments:
Post a Comment