Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Tuesday, May 17, 2011

Pelita Hayat Disuburi (PhD): Ilmu & Belajar


Sejak dalam kandungan ibu lagi, kita telah mula belajar. Sembilan bulan lamanya duduk dalam perut ibu. Kalau kira ikut sistem semester, kira-kira 1.5 semester lamanya. Kalau disetarakan alam kandungan dengan sistem belajar di universiti atau di sekolah, lebih dari 3 subjek yang telah kita pelajari dan tahu pencapaiannya. Banyak tu! Namun, pernahkah kita ada lintasan gambaran proses pembelajaran di alam kandungan? Bagaimana gaya dan cara kita belajar di sana? Senang ke? Susah ke? 


Buku Pelita Penuntut
Tahukah kita, dari saat kita dilahirkan lagi, kita juga sedang belajar? Belajar membuka mata dengan perlahan-lahan. Kekadang berjaya, kekadang tidak. Alangkah gembiranya ibu kita yang berjaga sepanjang waktu, tatkala melihat kita berjaya membuka mata. Belajar berjalan. Jatuh bangun, jatuh bangun berpuluh kali hinggalah kita berjaya berlari. Belajar makan sendiri. Belajar minum sendiri. Banyak lagi saat-saat belajar yang kita lalui. Kita belajar ketika di rumah pengasuh, di tadika, di sekolah rendah, di sekolah agama, di sekolah menengah, di kolej/universiti, di kompleks membeli belah, di masjid, di surau, di Mekah, di Madinah, di hutan, di laut, di angkasa lepas dan sebagainya. Allah telah berfirman bahawa untuk berjaya dunia perlu ilmu, untuk berjaya akhirat, juga perlu ilmu. Pendek kata, kita mesti terus istiqamah BELAJAR untuk mendapat ilmu agar berjaya dunia akhirat.

Oleh itu, bersyukurlah...kerana aku masih terus boleh belajar samada secara formal atau tidak formal. Lafazkanlah dan zahirkanlah tanda terima kasihmu, wahai diri. Terima kasih Allah yang telah mengurniakan ku NIKMAT yang tidak terhitung dan semua bimbinganMu, hidayahMu, kasih sayangMu dan rahmatMu.  Terima kasih ibu yang melahirkanku ke dunia serta mengajar aku erti KASIH tanpa sempadan. Terima kasih abah atas penat lelahmu untuk menyediakan keperluan asas hidup agar aku boleh belajar erti HIDUP demi menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba. Terima kasih guru/pensyarah atas ilmu dan pengalaman dikongsikan demi membimbing aku menjadi PEMIMPIN masa depan samada pemimpin dalam institusi keluarga mahupun sesebuah organisasi. Terima kasih negaraku MALAYSIA, yang sentiasa aman dan makmur untuk aku terus selesa belajar dan hidup bahagia dalam memperkasakan ilmu.

3 comments:

  1. Salam Pn Syarifah,

    Izinkan saya link blog ini di blog saya. Saya sukakan isi blog puan.

    TK

    ReplyDelete
  2. Tak jadi masalah Nor Fadzlina. Mana yang baik jadikan panduan. Yang tak elok, beritahu pada saya, agar kita sama-sama menjadi insan yang disayangi Allah swt.

    ReplyDelete
  3. Kata Ustaz Zaharuddin di Zaharuddin.net

    "Fasiliti ilmu, bebas belajar & kewujudan ilmuan di Malaysia melayakkannya dianggap sebuah negara yg rakyatnya tiada alasan utk TIDAK BELAJAR HUKUM. Justeru, belajarlah ilmu hukum, amalkan sbg jln dpt rahmat Allah."

    ReplyDelete