Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan sunnahku.
Sentiasa teringat akan perjuangan Nabi Muhamad saw dalam menegakkan syiar Islam dan kasih sayang baginda terhadap umatnya. Tatkala menonton rancangan Law Kaana Bainana di TV Al-Hijrah setiap hari Ahad pukul 9.00 malam pasti kerinduan dan kecintaan terhadap baginda semakin membara. Mengubati rasa rindu pada baginda...antaranya ialah dengan membaca Al-Quran. Ini kerana akhlak Nabi Muhamad saw adalah akhlak Al-Quran.
Hati pasti menjadi damai pabila mendengar bacaan Al-Quran. Apatah lagi kalau kita membaca, mempelajari dan menghayati Al-Quran seperti yang diperingatkan oleh Ustazah Asni Mansor Al-Hafizah dalam rancangan Muqaddimah TV9 dua hari lepas. Al-Quran adalah kitab yang mesti diyakini oleh semua orang Islam. Al-Quran merupakan satu mukjizat yang penuh dengan ilmu dunia dan akhirat serta sentiasa benar sepanjang zaman.
Namun, sebagai insan biasa aku seringkali alpa dan menjadikan Al-Quran sumber rujukan ilmu yang terakhir. Ya Allah...ampunilah aku (100x). Aku mahu menjadikan Al-Quran pilihan utamaku...Ya Allah. Tunjukkanlah daku jalannya dan teguhkanlah semangat daku untuk mencapai matlamat ini. Usah Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau beri petunjuk...Ya Allah.
Mampukah aku menjadi umat Al-Quran (salah satu topik dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9)? Apakah pelan tindakan untuk istiqamah menjadi umat Al-Quran?
Mampukah aku menjadi umat Al-Quran (salah satu topik dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9)? Apakah pelan tindakan untuk istiqamah menjadi umat Al-Quran?
"Wahai diri...yang punya iman senipis kulit bawang dan hati yang dipenuhi pelbagai racun keimanan...mulakan saat ini dengan membaca walaupun hanya sepotong ayat. Dan tingkatkanlah usaha kita setiap hari mengikut kemampuan agar boleh ditambah bilangan ayat yang dibaca dan ditingkatkan kualiti bacaan serta penghayatan terhadap Al-Quran."
Source: ukhtievy.blogspot.com
No comments:
Post a Comment