![]() |
Majlis Korban, Surau Al-Furqan |
Ini adalah kali kedua kami merayakan Aidil Adha di rumah sendiri. Agak sukar juga membuat persiapan raya dari segi penyediaan makanan. Aku cuma berjaya memasak nasi himpit, rendang ayam dan kuah lemak lodeh. Anak-anak dan suami menikmati masakanku tanpa banyak kerenah. Hanya aku yang masih merindui masakan mak! Selepas solat raya di Surau At-Taufiqqiyah berhampiran rumah, kami bersegera ke Surau Al-Furqan untuk majlis korban di sana. Sebenarnya, kami ingin menyertai korban surau di kariah kami tetapi kuota korban dah penuh. Tak ada rezeki untuk tahun ini.
Menyaksikan acara korban, membuatkan aku terbayang Nabi Ismail a.s. yang berada di pangkuan Nabi Ibrahim a.s. Ketulusan dan kehebatan pengorbanan mereka sentiasa agung di sisi Allah swt hingga hari akhirat. Pada usia remaja di kala itu, wawasan Nabi Ismail untuk mendapat redha Allah swt semata-mata amatlah dikagumi. Bagaimana pengorbananku semasa usia remaja? Bagaimana kumahu mendidik anak-anakku yang kini di usia remaja, agar mereka sudah punya wawasan seperti Nabi Ismail? Jauh di sudut hatiku berkata: "Moga Allah swt sentiasa menerima pengorbananku yang mungkin tidak setulus Nabi Ismail, tidak sehebat Nabi Ibrahim dan tidak secekal Siti Hajar."
![]() |
Gali lubang untuk darah korban |
![]() |
Ikat kaki lembu |
![]() |
Kerjasama Pegang Lembu |
![]() |
Lembu Pertama Dikorbankan |
![]() |
Darah korban dikambus |
![]() |
Sesi Melapah |
![]() |
Keluarkan Isi Perut Lembu |
![]() |
Sesi Agihan Daging Korban |
No comments:
Post a Comment