Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Sunday, July 10, 2011

Penat Helah Dijaja (PhD): Syaitan Menang

Entahlah...manusia memang tidak pernah merasa cukup. Geram melihat orang yang tidak tahu bersyukur. Agaknya para perencana yang mahu memusnahkan Islam di negara ini sedang membuat majlis kesyukuran. Musuh-musuh lain tumpang sekaki. Syaitan juga sedang buat kenduri kendara...agaknya sedang menjamu selera ayam panggang..kerana berjaya memesongkan hati rakyat Malaysia. Syaitan memang tidak pernah kenal putus asa...sejak wujudnya Nabi Adam. Syaitan berjanji untuk terus memesongkan hati kita semua....sehinggalah Islam pupus di bumi ini. Syaitan ini memakai pelbagai topeng. Topengnya sangat sukar dicam kecuali dengan celik iman dan rahmat dari Allah swt. 

Doa Hindari Syaitan
Bila kufikir semula...mengapakah Allah menurunkan bencana dalam bentuk rusuhan, pertelagahan antara umat Islam dan perhimpunan jalanan pada Malaysia? Kekadang aku lebih rela Allah menurunkan bencana alam pada Malaysia dan memusnahkan semua manusia jahat dan tali barutnya yang tak sudah-sudah menggugat ketenteraman Malaysia. Mungkin dengan bencana alam seperti Tsunami, barulah orang Malaysia terutamanya Melayu Islam sedar dan bersyukur dengan nikmat Allah. Tsunami ibarat tamparan dari Allah swt...agar manusia bangun dan menyembahNya dengan sepenuh hati.Kembalilah semua kepada ajaran Allah swt dan sunnah Rasullullah saw. 
Hati kecilku berdoa: 
"Ya Allah...jika Engkau mahu menguji sesuatu kaum...matikanlah aku tanpa diuji."

Ku selalu impikan kedamaian, musyawarah dan perpaduan dalam menyelesaikan sebarang kemelut hidup. Dalam kedamaian...ada ketulusan, keikhlasan dan kecintaan. Dalam musyawarah...ada ketelusan, pengorbanan dan persefahaman. Dalam perpaduan...ada kekuatan, kekitaan dan kemuliaan.

3 comments:

  1. Saya setuju dgn akak, cuma sy rasa spt mana2 keluarga, ketuanya perlulah betul dan bersih terlebih dulu. Kalau tidak mmg porak peranda.

    ReplyDelete
  2. Betul2. Saling bantu-membantu untuk memperbetulkan dan membersihkannya serta bersatu padu...bukan sampai rosak binasa. Seingat akak...Rasullullah saw tak pernah guna cara kasar samada bahasanya atau akhlaknya tetapi dia sgt tegas.

    Oh ya...Fadzlina dah selamat sampai Melbourne ya...Alhamdullillah. Nampak Fadzlina dan keluarga seronok di Istanbul :-)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah sudah selamat sampai. Sejuk grrrr..he..he.. sebulan lagi Insya Allah, beralih sedikit lah cuacanya.

    ReplyDelete