![]() |
Ust Abdul Halim |
Dalam aku tercari-cari ruangan dan email untuk menghantar soalan soalselidik kepada pengguna blog, ku terjumpa satu blog post yang sangat menyayat hatiku - kisah keinsafan seorang yang bernama lelaki. Ceritanya membuatkan air mataku mengalir deras. Ketabahan seorang isteri solehah di sebalik kemungkaran seorang suami. Bolehkah aku jadi isteri solehah seperti dia, walaupun aku tidak dilayan begitu? Bacalah cerita di blog Ustaz Abdul Halim Abdullah iaitu "Hargailah ia sementara masih ada".
Selesai membaca artikel ini, terbayanglah semua ahli keluargaku iaitu suami, anak sulungku dan anak keduaku yang tinggal di asrama, mak abah di Kota Tinggi, mak abah mertua di Penang, adik beradikku, anak-anak saudaraku, pak cik mak cikku, sepupu-sepupuku dan sanak saudara yang dah lama tak ku ziarah. Selain ahli keluarga, aku juga terbayang wajah guru-guru, ustaz ustazah, supervisors, jiran-jiranku, rakan-rakan sekerjaku, rakan-rakan sepengajianku, rakan-rakan blogku dan semua insan yang menjadikan hidupku sentiasa penuh dengan warna warni. Namun, kekadang ku terasa sesal dek perbuatan dan kata-kataku yang mungkin tidak mencerminkan perasaan kasih dan sayangku, membuatkan aku dan mereka semakin ada jurang.
Ampunkan diri ini... |
Maafkan diri ini, wahai semua insan yang pernah hadir dalam hidupku, aku hanyalah hamba Allah yang sentiasa ada silapnya.