
Rupa-rupanya, sebelum memasuki modul atau juz baru, kita perlu ulang semula hafazan kita yang lalu. Alamak...ada sahaja yang tertinggal atau tersalah. Tersalah huruf, baris, perkataan dan ayat. Kekadang ayat dari satu surah dibaca dalam surah yang lain. Seorang pembaca Al-Quran, kesalahan seperti ini mesti dielakkan kerana ia boleh mengubah makna ayat tersebut.
![]() |
Sumber: http://qualitydigest.com |
Oleh itu, kita mesti betulkan bacaan dan hafazan secara berulang-ulang sehingga mencapai "zero defect". Mungkinkah "zero defect" yang terdapat dalam ilmu pengurusan dipelajari dari Al-Quran? Manusia sudah tentu boleh mencapai "zero defect" untuk satu jangka masa pendek. Namun, dalam jangka masa panjang, ada sahaja kepincangan yang berlaku. Bak kata Ust Dr Muhamad Luqman Ibrahim, Universiti Malaya; "lidah kita tidak bertulang, ada saja silap yang dibuat. Bacaan semasa umur remaja, takkan sama dengan bacaan semasa. Jadi, kita perlu terus belajar dan belajar Al-Quran."
Kesucian Al-Quran ini mestilah dipelihara bukan hanya pada bacaannya tetapi juga pada ajaran yang terkandung di dalamnya. Menjaga bacaan mungkin masih boleh ditunaikan oleh sebahagian umat Islam. Tetapi menjaga ajaran yang tertulis di dalamnya, sering kali kita dustai. Ada sahaja perintah Allah swt yang kita langgar pada setiap detik masa, samada secara sedar atau tidak. Justeru, kita sebagai hamba Allah swt mesti sentiasa melafazkan taubat dan menterjemahkan makna taubat dalam kehidupan seharian. Teruskan bertaubat selagi hayat dikandung badan kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih.
[Nota: Klik untuk Solat Pengawal Hafazan (update: 13/9/12)]
No comments:
Post a Comment