Cameron Highland, Pahang masih menjadi pilihan destinasi makan angin sempena cuti sekolah Mac lalu. Ku terpesona dengan pemandangan indah kebun teh nan menghijau serta bunga-bungaan yang pelbagai jenis dan warna. Di samping suhunya nan sejuk lagi nyaman.
Banyaknya nikmat yang Allah berikan pada rakyat Malaysia ini. Syukurlah!
 |
Bunga Raya Merah Jambu |
Indahnya Malaysia! Alangkah lebih baiknya, sekiranya kawasan penanaman bunga dan strawberi di sini
lebih tersusun. Ku selalu bayangkan kalaulah kawasan ini berbentuk seperti bunga raya, pulau atau rebung. Pastinya dari kejauhan atau dari pandangan udara, pemandangan kawasan ini lebih indah dan mempesonakan. Ahh! Anganku mungkin hanya akan merosakkan keindahan alam semulajadi di sini. Harapanku agar kita semua mampu
memelihara keindahan Cameron Highland untuk jangka masa panjang. Moga keindahan dan kemewahan hari ini dapat dirasai oleh generasi akan datang.
No comments:
Post a Comment