Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Wednesday, May 11, 2011

Pilu Hati Daku (PhD): Mak Tercinta

Mak dan Abah Yang Kusayangi
Aku insan bertuah kerana ibuku masih hidup, sihat sejahtera di samping ayah. Ibuku insan mulia. Dek kemuliaan ibuku, aku mahu anak-anakku memanggilku dengan panggilan yang sama seperti aku memanggilnya iaitu mak. Setiap kali anak-anakku menggunakan perkataan mak...aku akan tergambar wajah makku, sambil membayangkan gaya pertuturan mereka ini, sebagai cara kubercakap dengan mak. Dengan cara itu juga, aku dapat muhasabah diri agar jadi ibu lebih baik dan pada masa yang sama aku boleh mendidik anak-anakku menjadi anak yang soleh. 

Sebelum 8 Mei lagi aku sudah mengucapkan selamat hari ibu kepada mak. Aku tak mahu terlepas! Beberapa hari selepas itu, Allah swt  menggerakkan anak sulungku, Dinie, mengirimkan sms selamat hari ibu lebih awal. Terharu dengan ucapan dan doanya: "Mak...slmt hari ibu..smoga mak n abh dpt g haji n dpt haji yg mabrur..". Beberapa jam kemudian, Dinie menghantar sms semula kerana dia tersilap tarikh. Danish pula asyik bertanya kepadaku: "Mak, macamana nak belikan hadiah hari ibu untuk mak?" Aku memujuknya: "Danish tak perlu beli hadiah untuk mak. Danish cuma jadi anak yang taat pada Allah, pada Nabi Muhamad dan pada mak abah. Danish rajin-rajin solat, rajin mengaji dan belajar sungguh-sungguh. Itu dah cukup." 

Anak-Anakku di Aidil Adha 2010
Pada 8 Mei, Dinie hantar ucapan sekali lagi. Danish pula menghadiahkan aku minyak wangi tanpa alkohol yang dibelinya (suamiku yang membayarnya) sewaktu kami menghadiri ceramah hujung minggu di Surau Al-Furqan. Aku mencium Danish berkali-kali kerana kesungguhannya ingin menghadiahkan aku sempena hari ibu. Danish tak kenal putus asa! Terasa sebaknya! Syukurlah aku dikurniakan oleh Allah nikmat yang amat berharga; anak-anak yang baik [Dinie, Dhia dan Danish].


Terima kasih mak kerana menjadi ibu yang hebat padaku. Terima kasih anak-anakku kerana menyayangi mak seadanya! Terima kasih juga kepada adik-adikku dan rakan-rakanku atas titipan ucapan hari ibu. 
Ucapan 1
"Ya Allah, wanita yang membaca sms ini adalah seorang ibu yang cantik, kuat, sabar & saya menyayanginya. Kau tingkatlah kehidupannya dengan rezeki yang berkat, kau rahmatilah setiap langkahnya dalam mencari rezeki keluarganya. Kau bersihkanlah hatinya. Kau kuatkanlah imannya. Kau peliharalah dia dari fitnah."
Ucapan 2
 "Juz 4 a smile...To all mothers, Please read these. It's NORMAL when u're in ur 20s, u'll look very 'MENGANCAM'...When u're @ 30s, u begin to behave 'BERMACAM-MACAM'...When u turn 40s-50s, u'll feel 'TERANCAM' and sadly, when u reach above 60s, orang langsung tak blh 'CAM'!! Happy Mother's Day to you!!".
Ucapan 3
 "Yg sejati ibu kandung, yg famous ibu tiri, yg ringan ibu angkat, yg miang ibu keladi, yg lumayan ibu ayam, yg tembam ibu roti, yg ramai ibu tunggal, yg penting ibu jari, yg berkhasiat susu ibu. he he apa2 pun SELAMAT HARI IBU."

Friday, May 6, 2011

Penang Hamba Datang (PhD): Round Satu Pulau

Cuti persekolahan Mac lalu, suamiku membawa kami sekeluarga jalan-jalan pusing satu Penang (belah pulau). JJCM kali ini adalah permintaan ibu mertuaku. Achik Fauziah ikut sama tetapi bapa mertuaku tidak ikut serta. Kasihan tengok wajah bapa mertuaku...sukar nak diceritakan. Ini adalah pengalaman pertama aku jalan-jalan Penang dalam satu pusingan lengkap. Ada banyak tempat-tempat baru buatku. Selepas solat Dhuha kami memulakan perjalanan. Perjalanan bermula dari jambatan Pulau Pinang, diikuti susur pantai melalui Bayan Lepas Highway, kemudian ke Balik Pulau, Teluk Bahang, Pantai  Batu Feringgi dan berakhir dengan menaiki feri pulang ke Telok Air Tawar. Ada banyak gambar tapi berikut adalah gambar kenangan yang penting buatku.

Jambatan Pulau Pinang
Pemandangan Dari Jambatan










Pulau Jerejak
Pulau Jerejak Dah Komersial










Belakang Airport Bayan Lepas 
Highway Balik Pulau- belum dibuka










Pokok durian Balik Pulau
Laluan ke Air terjun  Titi Kelawang










Pemandangan Selat Melaka
Empangan Telok Bahang










Pusat Falak Sheikh Tahir
Air Terjun Telok Bahang












Danish catch this!
Masjid Terapung Batu Feringgi










Dalam Feri
Makan tengahari di Padang Kota

Wednesday, May 4, 2011

Penat Habis Dhia (PhD): Pusingan ke-2 KLIBF

Sejurus selesai menonton Tanyalah Ustaz pada 30 April lepas, aku dan anak ke-2, Dhia, bersiap sedia untuk perjalanan menaiki komuter di Sg Buloh untuk siri kunjungan kedua ku ke Pesta Buku Antarabangsa. Tak sampai 20 minit dah sampai hentian Putra. Dari hentian Putra kami berjalan kaki ke PWTC; tak jauh tapi aku terasa letih. Kulihat Dhia steady aje. Dalam hati berkata: "Waktu umur Dhia dulu, aku pun steady jugak!"

Dhia nak tengok persembahan
Tiba di PWTC orang telah ramai. Kami terus ke tingkat 3 bagi mencari buku yang berkaitan dengan PhDku. Untuk tidak membuatkan Dhia bosan, aku minta bantuan Dhia mencarikan buku-buku yang berkaitan. Dhia bantuku menanyakan harga buku di kaunter. Dhia memang seorang anak yang sabar dengan kerenah ibunya. Setelah hampir 2 jam, barulah aku  membuat keputusan membeli sebuah buku. Dhia nampak lega!

Aku terus ajak Dhia pergi ke booth Gempak Starz untuk mencari buku kegemarannya. Aku terserempak dengan 2 orang pelajar UiTM Johor; yang aku tak ingat namanya. Mereka berdua sedang mencari lokasi Dewan Johor di mana majlis Pelancaran buku terbaru Prof Dr Hj Muhd Kamil akan diadakan di situ. Tiba di booth Gempak Starz, orang bersesak-sesak lagi. Rupa-rupanya kena ambil nombor giliran dahulu sebelum membuat pembelian. Wah susahnya dan sesaknya! Mujurlah...ada staf Gempak Starz yang mengambil tempahan Dhia (2 buku dan 1 T-shirt ) dan memberikan nombor giliran.  Setelah membuat bayaran, kami terus ke surau untuk solat zohor.
Selesai di Booth Gempak Starz

Setelah mendapatkan kamus Dewan yang terbaru di booth Dawama, kami makan tengahari di Restoran Rafflesia dan kemudian terus ke Hentian Putra untuk pulang.

Alangkah terperanjatnya kami, kena beratur lagi...kali ini barisannya lebih panjang dan orang lebih bersesak-sesak. Aku ingin membeli tiket di kaunter tapi malangnya kami berada di barisan membeli tiket melalui mesin. Dan lebih malang hanya satu mesin sahaja yang berfungsi. Orang bertolak-tolak, orang berpusu-pusu, cuaca panas, peluh dah mengalir deras, ada orang yang sabar dan ada orang yang marah-marah. Siksanya! Rasa macam serik nak naik pengangkutan awam lagi! Aku hampir putus asa dan mengajak Dhia keluar dari barisan dan naik teksi ke KL Sentral. Dhia dan mak cik yang beratur sama di sebelah banyak menenangkan aku. Nasihat mak cik tersebut ialah di masa depan kita kena beli tiket pergi balik. Aku pun mengiyakan kata-katanya. Aku minta Dhia mengeluarkan kertas untuk dijadikan kipas.

Bila dah hampir sangat dengan mesin tiket, aku meminta jasa baik seorang anak muda untuk membelikan aku tiket. Anak muda ini nak balik Kajang. Aku, Dhia dan anak muda itu pun memboloskan diri di tengah-tengah kepadatan manusia. Terasa badan sangat pipih kerana boleh melepasi ruang yang terlalu  dan teramat sempit. Pemuda budiman ini menyerahkan dua keping tiket tanpa mengambil wang bayaran yang kuhulurkan. Dia  berkata:" Tak apa achik, saya ikhlas..." Aku rasa serba salah dan bila ku berpaling sekali lagi kulihat pemuda itu telah lenyap di celah-celah kesesakan. Dalam hati ke berkata: "Ya Allah...ada lagi manusia budiman. Kau restuilah dan permudahkanlah segala urusan pemuda tersebut."

Kulihat jam, rupanya hampir 1 jam 15 minit kami beratur, semata-mata untuk mendapatkan 2 keping tiket. Dalam kami kepenatan dan termengah-mengah, tren ke Rawang pun tiba. Kami menarik nafas lega. Banyak perkara yang kupelajari dari suasana yang penuh sesak lagi menyesakkan ini.Yang lebih penting, aku tahu Dhia adalah anakku yang baik.