Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Thursday, March 1, 2012

Pakaian Hendak Diubah(PhD): Sah Solat

Telekong
Sumber: http://gerairizqitelekungsolat.blogspot.com
Menonton 30 Minit bersama Ust Don siri bertajuk "Syarat Sah Solat: Menutup Aurat" membuatkan aku teringat beberapa pengalamanku menutup aurat untuk solat. Majoriti wanita Islam di Malaysia diperkenalkan dengan telekong sebagai pakaian menutup aurat ketika solat. 

Dulu-dulu, pakaian solatku dijahit oleh mak atau nenek. Mak beli kain "cotton" putih, potong dan jahit. Mak mesti jahitkan kain sarungnya untuk jadikan "ala-ala guni" agar aurat kaki tak terselak waktu sujud. Rasa selesa pakai kain sarung 'ala-ala guni' ni sebab selalunya lepas solat isyak, terus terlena dengan pakaian solat. Kaki terasa hangat bagaikan dalam selimut. 

Kini dah ada pelbagai fesyen telekong yang cantik-cantik. Fesyen sulaman dan jahit tepi yang menarik dan unik. Dek tertarik dengan fesyennya hingga terlupa dengan syarat menutup aurat dalam solat. Atau otak ini telah ada satu keyakinan yang mengatakan bahawa para penjual/pembuat pakaian solat ini pasti telah mengambil kira faktor menutup aurat seperti yang mak dan nenekku amalkan dulu-dulu

Ku pernah membeli pakaian solat berkain nipis yang bersulam cantik serta warna coklat gelap. Pakaian solat ini ringan, "compact" dan sangat mudah untuk dibawa, boleh dimasukkan dalam beg tangan sahaja. Oleh kerana, jenis kainnya terlalu nipis dan ringan, kain ini mudah terangkat pabila ada angin kuat seperti angin dari kipas angin! Sedang aku sujud, tiba-tiba telekong ini terlangkup ke hadapan. Bila bangun dari sujud, muka dah tertutup dan agak sukar untuk membetulkannya semula hingga terpaksa membatalkan solat. Kini, pakaian solat itu tetap compact dalam almari pakaianku. 

Cara hidup dah berubah. Nak jahit telekong sendiri dah tak pandai atau mungkin tak berkesempatan. Barangan 'ready made' sangat diperlukan dalam kehidupan masa kini. Ku sangat-sangatlah mengharapkan para pembuat dan penjual pakaian solat orang Islam di luar sana pada masa akan datang (kesilapan yang lalu, kita bertaubatlah dan moga Allah swt mengampunkan kita semua yang serba kekurangan dan kealpaan), sudah memasukkan kriteria menutup aurat dalam pembuatan pakaian solat. Jika kalian berbuat demikian, pahala pasti milik anda kerana semua wanita Islam solat menepati syarat sah solat. Jika anda menolong agama Allah, Allah pasti menolong kalian. Itu janji Allah swt dan Allah swt tidak pernah memungkiri janjiNya. Allah sahajalah tujuan hidup kita.

2 comments:

  1. Assalamualaikum kak, ada benar amatan akak. Kadang-kadang saya tengok, tudung yang dijual terlebih berfesyen sehingga 'gagal' menutup aurat sebenar. Semoga kita senantiasa dibukakan hati utk 'berkisah' hal-hal aurat kita ini, Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Fadzlina.

      Saling ingat mengingati memang digalakkan dalam Islam. Lagipun, saling mengingatkan itu menunjukkan ada tanda kasih antara sesama umat Islam. Jika kita saling menyayangi, Allah juga akan menyayangi kita semua. Itulah kasih sayang yang kita cari dan perlukan.

      WaAllahualam.

      Delete