Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Tuesday, July 17, 2012

Puasa Hampir Dah(PhD): Indahnya...Ramadan

Refresh Ilmu Puasa
"Ahlan wa sahlan Ramadan". Ungkapan selamat datang ini, bukan semata-mata mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadan malahan ianya merupakan undangan untuk kita menjadi ahli bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan. Itulah antara penjelasan Ustaz Heryanto semasa menghadiri satu forum sempena Ramadan dan pelancaran Tabung Masjid Puncak Alam di Surau Hj Ismail, Puncak Alam pada hujung minggu lepas.

Buku Ustaz Kazim 
Dalam forum tersebut, Ustaz Kazim sebagai panel kedua, pula berpesan agar diri  melaksanakan puasa Ramadan dengan penuh ketaqwaan. Taqwa itu adalah adunan rasa takut kepada Allah swt walau di mana jua kita berada, patuh dengan segala perintah dan larangan Allah swt, syukur dengan semua pemberian Allah swt samada yang kita suka atau tidak, dan redha dengan segala ketentuan Allah swt samada yang manis ataupun yang pahit. 

Bloom Taxonomy
Taqwa akan terbit dan terus bercambah pabila kita mempelajari ilmu ibadah puasa, melaksanakan ilmu yang dipelajari dan mengaplikasikan kesan ibadah puasa tersebut dalam menempuh kehidupan mendatang. Macam kaedah pembelajaran "Bloom Taxonomy". Dengan ilmu, kita dapat menyatukan fizikal dan rohani kita yang berpuasa dan seterusnya merasai keindahan berpuasa. Ustaz Kazim terus berpesan agar kita selesaikan hutang puasa, bermaaf-maafan antara satu sama lain, mohon ampun dari ibubapa dan pertingkatkan ibadah di bulan Ramadan ini seperti solat tarawih, tadarus, membaca Al-Quran, berzikir, Qiamullail, iktikaf di masjid, sedekah dan banyak lagi. Bukan hanya pahala yang hendak dikejar tapi rahmat Allah yang ingin diraih.

Cinta Masjid TV Al-Hijrah
Pastinya program TV di bulan Ramadan ini akan lebih menarik dan menyemarakkan bait-bait cinta kepada Allah swt dan Rasulullah saw seperti Ayat Riwayat dan Jejak Rasul. Program rutin seperti Forum Perdana, Tanyalah Ustaz/ah, Halaqah Sentuhan Kalbu, Pesan Atok, Reflections dan 30 Minit Bersama Ustaz Don tidak dilupakan. Alangkah indahnya, jika program-program pengisian rohani (walaupun dari berbeza siaran TV) boleh diatur secara berturutan dan berterusan dari pukul 6.00 pagi hingga 12.00 malam. Pastinya, tiada alasan untuk kita mengatakan program TV melalaikan dan tiada alasan untuk kita mengata pihak-pihak tertentu tidak melaksanakan tanggungjawabnyaBahagia...semua umat Islam dapat pahala dan seluruh alam mendapat rahmat Allah swt. Itulah indahnya BERSATU hasrat walaupun berbeza entiti.

2 comments:

  1. Salam Ramadhan drpd saya sekeluarga kak. Semoga sama-sama kita meraih semua kelebihannya, Insya Allah.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Fadzlina.

    Salam Ramadan untuk Fadzlina sekeluarga juga.

    ReplyDelete