"Sesuatu yang popular tidak semestinya sahih dan sesuatu yang sahih tak semestinya popular." Istilah popular, kini, bagaikan satu kayu ukur yang tidak boleh dipinggirkan dalam membuat sesuatu penilaian. Penilaian terhadap aspek makanan, pakaian, kereta, telefon bimbit, filem, buku, lagu, blog, berita, pekerja, pelakon, penyanyi, akhbar, tv, radio, pemain, pasukan hinggalah kepada pemimpin.
![]() |
40 Hadis Palsu Popular |
Lambakan istilah popular, membuatkan kuasa saringan kita dalam membezakan antara yang sahih (hak) dan palsu (batil) menjadi tidak/kurang tajam. Dek terlalu fokus kepada popular, kita sering alpa atau ambil mudah tentang tujuan asal dan kesahihan sesuatu perkara. Kita tidak dapat membezakan antara CD tulen dengan CD palsu. Kita tak dapat membezakan antara fakta betul dengan fakta yang nampak macam betul (hakikatnya dipalsukan atau diambil dari sumber pendusta). Kuasa saringan menjadi lebih teruk apabila popular dinilai tanpa mengikut syariat Islam.
Aku rasa sangat beruntung dilahirkan sebagai umat Islam kerana Islam telah menyediakan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan panduan kehidupan dalam membuat sebarang penilaian. Al-Quran adalah buku yang kekal abadi dan kebenarannya telah dijamin oleh Allah swt. Kehebatan Al-Quran telah menarik banyak penyelidikan sains dibuat dan lebih membuatkan para saintis rasa takjub pabila semua hasil kajian mereka mengakuri kebenaran penyataan di dalam Al-Quran.
![]() |
Pembahagian Hadis |
Hadis adalah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhamad samada dari segi perkataan, perbuatan, pengiktirafan/pengakuan, sifat-sifat fizikal dan sifat-sifat peribadi. Hadis maqbul (diterima) adalah hadis sahih dan hadis hasan. Hadis mardud (ditolak) ialah hadis daif/lemah dan palsu (maudu'). Antara hadis palsu popular ialah [1] Menuntut ilmu sehingga ke negeri China, [2] Menuntut ilmu daripada buaian dan [3] Manusia akan baik sekiranya pemerintah dan ulama baik.
Secara ringkasnya hadis palsu boleh dikenalpasti melalui ciri-ciri:-
- Sanad (salasilah pelapor/perawi) iaitu pelapor yang pendusta, suka membuat pendustaan, pengakuan pelapor sendiri dan menyampaikan hadis dari yang lain
- Matan (isi kandungan) iaitu teks atau maknanya pelik dari segi bahasa Arab, bercanggah dengan Al-Quran atau hadis sahih serta makna hadis rosak dan tidak dapat diterima oleh akal yang sempurna.
Nota: Untuk lebih terperinci, bacalah buku "40 Hadis Palsu Popular" atau buku-buku lain tentang hadis, hadiri kuliah-kuliah agama atau bertanya terus kepada ustaz atau ustazah yang arif tentangnya.
No comments:
Post a Comment