 |
Vienna Islamic Center |
Vienna, Austria adalah tempat/negara yang tak pernah ku lawati dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke sana. Ketentuan Allah swt mengatasi segalanya. Atas asbab konferensi, aku dan suami buat pertama kalinya dapat menjejaki kaki di Vienna pada 10 Nov 2012 lalu. Selain tempat-tempat menarik,
masjid dan kedai
makanan halal yang terdapat di Vienna adalah antara maklumat yang kucari sebelum ke sana.
Terdapat lebih kurang 26 masjid/bilik solat di Vienna. Pencarian masjid pertama adalah masjid berhampiran dengan tempat konferensi berlangsung iaitu Haci Bayram Mosque, Keinergasse 18, 1030 Vienna. Lebih kurang 15 minit berjalan kaki mengikut "google map". Setelah sampai di alamat tersebut, kami tidak nampak sebarang petunjuk tentang masjid. Kami hampa.
Keesokannya, kami terus ke
Vienna Islamic Center, Am Bruckhaufen 3a dengan menaiki tren menuju ke
Neue Donau. Dari stesen tren ini, sudah kelihatan sebuah masjid tersergam indah. Sempat kami ronda sekitar masjid dan berkenalan dengan staf wanita iaitu Khadija dan Nahid. Kami dimaklumkan bahawa
masjid ini adalah satu-satunya masjid di Vienna yang berkubah dan bangunan berasingan. Manakala,
masjid-masjid lain adalah rumah dalam bangunan yang perlu "dipicit loceng" dahulu sebelum masuk. Penjelasan ini membuatkan kami mengerti mengapa pencarian pertama kami "gagal".
 |
Kenangan di Vienna Islamic Center |
 |
Khadija dan Nahid |
Selain dari maklumat di Internet seperti
laman web ini, kami juga bertanya dengan pekerja hotel tentang restauran makanan halal. Mereka tidak keberatan memberitahu kami lokasinya. Di lokasi konferensi, kami jumpa dua kedai makanan halal iaitu
Gerai Pizza di stesen tren Ungargasse/Neulinggasse (200m) dan
Yenbo Supermarket, Barmherzigengasse 3 bersebelahan balai polis (8 minit berjalan kaki).
 |
Gerai Kebab, Stesen Ungargasse/Neulinggasse |
 |
Yenbo , Barmherzigengasse 3 |
 |
Restauran Nayeb - Halal |
 |
Menu Asia di EAT Restauran |
Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati keindahan "kota muzik" (terkenal dengan mozart) ini walaupun dalam keadaan cuaca agak sejuk. Indah negara orang...lebih indah dan selesa di negara sendiri. Malaysia yang kucintai! Ya Allah Ya Tuhanku, peliharalah negaraku Malaysia agar terus aman sentosa serta rakyatnya bersatu padu dan bertoleransi dalam menegakkan syariatMu.
 |
Peta Tren Jadi Panduan kami |
 |
Jumpa Rakan Senegara |
 |
Makanan Turki |
 |
Vienna International Airport(VIE) |
 |
Schonbrunn Palace |
 |
NH Hotel di Airport Vienna |
 |
T-Mobile di Vienna City |
 |
Bangunan Parlimen Vienna |