Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Thursday, November 29, 2012

Pencarian Harian D'Vienna(PhD): Masjid & Makanan Halal

Vienna Islamic Center
Vienna, Austria adalah tempat/negara yang tak pernah ku lawati dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke sana. Ketentuan Allah swt mengatasi segalanya. Atas asbab konferensi, aku dan suami buat pertama kalinya dapat menjejaki kaki di Vienna pada 10 Nov 2012 lalu. Selain tempat-tempat menarik, masjid dan kedai makanan halal yang terdapat di Vienna adalah antara maklumat yang kucari sebelum ke sana.
Terdapat lebih kurang 26 masjid/bilik solat di Vienna. Pencarian masjid pertama adalah masjid berhampiran dengan tempat konferensi berlangsung iaitu Haci Bayram Mosque, Keinergasse 18,  1030 Vienna. Lebih kurang 15 minit berjalan kaki mengikut "google map". Setelah sampai di alamat tersebut, kami tidak nampak sebarang petunjuk tentang masjid. Kami hampa

Keesokannya, kami terus ke Vienna Islamic Center, Am Bruckhaufen 3a dengan menaiki tren menuju ke Neue Donau. Dari stesen tren ini, sudah kelihatan sebuah masjid tersergam indah. Sempat kami ronda sekitar masjid dan berkenalan dengan staf wanita iaitu Khadija dan Nahid. Kami dimaklumkan bahawa masjid ini adalah satu-satunya masjid di Vienna yang berkubah dan bangunan berasingan. Manakala, masjid-masjid lain adalah rumah dalam bangunan yang perlu "dipicit loceng" dahulu sebelum masuk. Penjelasan ini membuatkan kami mengerti mengapa pencarian pertama kami "gagal".
Kenangan di Vienna Islamic Center
Khadija dan Nahid
Selain dari maklumat di Internet seperti laman web ini, kami juga bertanya dengan pekerja hotel tentang restauran makanan halal. Mereka tidak keberatan memberitahu kami lokasinya. Di lokasi konferensi, kami jumpa dua kedai makanan halal iaitu Gerai Pizza di stesen tren Ungargasse/Neulinggasse (200m) dan Yenbo Supermarket, Barmherzigengasse 3 bersebelahan balai polis (8 minit berjalan kaki). 

Gerai Kebab, Stesen Ungargasse/Neulinggasse
Yenbo , Barmherzigengasse 3
Restauran Nayeb - Halal
Menu Asia di EAT Restauran
Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati keindahan "kota muzik" (terkenal dengan mozart) ini walaupun dalam keadaan cuaca agak sejuk. Indah negara orang...lebih indah dan selesa di negara sendiri. Malaysia yang kucintai! Ya Allah Ya Tuhanku, peliharalah negaraku Malaysia agar terus aman sentosa serta rakyatnya bersatu padu  dan bertoleransi dalam menegakkan syariatMu.
Peta Tren Jadi Panduan kami
Jumpa Rakan Senegara
Makanan Turki
Vienna International Airport(VIE)
Schonbrunn Palace
NH Hotel di Airport Vienna
T-Mobile di Vienna City
Bangunan Parlimen Vienna

6 comments:

  1. Bestnya kak sudah sampai ke Vienna :-) Kalau lama sikit bersalji hehe

    ReplyDelete
  2. Waktu tak ada salji pun, akak dah sejuk kebekuan :-)! Ingat nak stay lama sikit tapi rindu kat anak-anak.

    ReplyDelete
  3. Salam Puan Sharifah.. Puan sht? Best nye pergi Vienna.. Puan pergi Vienna berjalan2 ker? Nak ikut hehehe (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullillah sihat. Busy sikit sampai tak sempat nak update blog. Saya pegi present paper kat sana, lepas tu baru pi jalan2. Rugi rasanya...kalau dah pegi tapi tak jalan2. Nadia buat apa skrg?

      Delete
    2. Owh puan present paper..chayuk2 Puan Sharifah. Nadia skrg kerja makan tdo kerja pusing2 mcm tu hehe.. Nadia jd Software Quality Analysts kat Flextronics Senai Johor..Test System Production smua.. Mencabar dan best, smuanya berkat doa Puan selama ni, saya berjaya dengan kerjaya saya ;) Terima Kasih Puan..

      Delete
    3. Tahniah dan saya tumpang gembira(:-))kerana Nadia berjaya dalam kerjaya yang dipilih.

      InsyaAllah, dengan niat tulus suci kerana Allah swt, pasti segala urusan kehidupan Nadia dipermudahkan. Selamat maju jaya....amin.

      Delete