Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Friday, March 23, 2012

Perlu Hargai Dia(PhD): Selagi Masih Ada...

Ust Abdul Halim
Dalam aku tercari-cari ruangan dan email untuk menghantar soalan soalselidik kepada pengguna blog, ku terjumpa satu blog post yang sangat menyayat hatiku - kisah keinsafan seorang yang bernama lelaki. Ceritanya membuatkan air mataku mengalir deras. Ketabahan seorang isteri solehah di sebalik kemungkaran seorang suami. Bolehkah aku jadi isteri solehah seperti dia, walaupun aku tidak dilayan begitu? Bacalah cerita di blog Ustaz Abdul Halim Abdullah iaitu "Hargailah ia sementara masih ada".

Selesai membaca artikel ini, terbayanglah semua ahli keluargaku iaitu suami, anak sulungku dan anak keduaku yang tinggal di asrama, mak abah di Kota Tinggi, mak abah mertua di Penang, adik beradikku, anak-anak saudaraku, pak cik mak cikku, sepupu-sepupuku dan sanak saudara yang dah lama tak ku ziarah. Selain ahli keluarga, aku juga terbayang wajah guru-guru, ustaz ustazah, supervisors, jiran-jiranku, rakan-rakan sekerjaku, rakan-rakan sepengajianku, rakan-rakan blogku dan semua insan yang menjadikan hidupku sentiasa penuh dengan warna warni. Namun, kekadang ku terasa sesal dek perbuatan dan kata-kataku yang mungkin tidak mencerminkan perasaan kasih dan sayangku, membuatkan aku dan mereka semakin ada jurang.  

Ampunkan diri ini...
Aku teringat salah satu peringatan Ustaz Kazim dalam CD ceramahnya; "Setiap kali ada kematian, cuba  kita ingat semula, ada tak kita buat silap dengan si mati? Kalau tak ada buat salah, lega rasanya. Tapi kalau ada, dah tak boleh nak minta maaf lagi dan bersedekahlah atas nama si mati dengan harapan si mati  mahu memaafkan di akhirat kelak." Ada ramai yang kukenal telah pergi buat selamanya....

Maafkan diri ini, wahai semua insan yang pernah hadir dalam hidupku, aku hanyalah hamba Allah yang sentiasa ada silapnya.  

Wednesday, March 21, 2012

Pulih Hafazan D'Ingatan(PhD): Zero Defect

Setiap orang melalui cabaran yang berbeza. Menghafaz Al-Quran secara separuh masa adalah satu cabaran besar. Dulu, ku sangka mengingat setiap ayat Al-Quran adalah sama tekniknya seperti mengingat fakta dalam ilmu-ilmu lain. Apabila telah khatam sesuatu modul hafazan Al-Quran, aku sangat teruja untuk modul seterusnya. 

Rupa-rupanya, sebelum memasuki modul atau juz baru, kita perlu ulang semula hafazan kita yang lalu. Alamak...ada sahaja yang tertinggal atau tersalah. Tersalah huruf, baris, perkataan dan ayat. Kekadang ayat dari satu surah dibaca dalam surah yang lain. Seorang pembaca Al-Quran, kesalahan seperti ini mesti dielakkan kerana ia boleh mengubah makna ayat tersebut. 

Sumber: http://qualitydigest.com
Oleh itu,  kita mesti betulkan bacaan dan hafazan secara berulang-ulang sehingga mencapai "zero defect". Mungkinkah "zero defect" yang terdapat dalam ilmu pengurusan dipelajari dari Al-Quran? Manusia sudah tentu boleh mencapai "zero defect" untuk satu jangka masa pendek. Namun, dalam jangka masa panjang, ada sahaja kepincangan yang berlaku. Bak kata Ust Dr Muhamad Luqman Ibrahim, Universiti Malaya; "lidah kita tidak bertulang, ada saja silap yang dibuat. Bacaan semasa umur remaja, takkan sama dengan bacaan semasa. Jadi, kita perlu terus belajar dan belajar Al-Quran."

Kesucian Al-Quran ini mestilah dipelihara bukan hanya pada bacaannya tetapi juga pada ajaran yang terkandung di dalamnya. Menjaga bacaan mungkin masih boleh ditunaikan oleh sebahagian umat Islam. Tetapi menjaga ajaran yang tertulis di dalamnya, sering kali kita dustai. Ada sahaja perintah Allah swt yang kita langgar pada setiap detik masa, samada secara sedar atau tidak. Justeru, kita sebagai hamba Allah swt mesti sentiasa melafazkan taubat dan menterjemahkan makna taubat dalam kehidupan seharian. Teruskan bertaubat selagi hayat dikandung badan kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih.
[Nota: Klik untuk Solat Pengawal Hafazan (update: 13/9/12)]

Tuesday, March 20, 2012

Pesona Hati D'Cameron(PhD): Bunga, Teh & Strawberi

Cameron Highland, Pahang masih menjadi pilihan destinasi makan angin sempena cuti sekolah Mac lalu. Ku terpesona dengan pemandangan indah kebun teh nan menghijau serta bunga-bungaan yang pelbagai jenis dan warna. Di samping suhunya nan sejuk lagi nyaman. Banyaknya nikmat yang Allah berikan pada rakyat Malaysia ini. Syukurlah!

Bunga Raya Merah Jambu
Indahnya Malaysia! Alangkah lebih baiknya, sekiranya kawasan penanaman bunga dan strawberi di sini lebih tersusun. Ku selalu bayangkan kalaulah kawasan ini berbentuk  seperti bunga raya, pulau atau rebung. Pastinya dari kejauhan atau dari pandangan udara, pemandangan kawasan ini lebih indah dan mempesonakan. Ahh! Anganku mungkin hanya akan merosakkan keindahan alam semulajadi di sini. Harapanku agar kita semua mampu memelihara keindahan Cameron Highland untuk jangka masa panjang. Moga keindahan dan kemewahan hari ini dapat dirasai oleh generasi akan datang. 

Heritage Hotel di waktu petang
Heritage Hotel di waktu malam
Strawberi Cameron Highland
Happy Birthday
Birthday kek tak jadi beli!
Lata Iskandar, Tapah
Pokok Halau Nyamuk!
Bunga Orkid banyak di lereng bukit!