Tinggal hanya dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan pergi mengundi. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Dirikanlah solat istikharah selalu sebelum membuat pemilihan. Moga pilihan kita adalah pilihan yang mendapat petunjuk dari Allah swt. Percayalah... pilihan Allah swt sangat sempurna lagi menyempurnakan.


Jika ada sebarang kesilapan/ketelanjuran dalam blog ini, silalah hantarkan peringatan kalian di sharifahaliman@gmail.com. Itulah tanda kita saling ingat mengingati akan balasan hari akhirat. Selamat beristiqamah dalam amalan ibadah yang dikerjakan.

Friday, August 3, 2012

Pahala Hampir Daif(PhD): Buang Tabiat Buruk!

Ramadan ke-14, Gred Puasaku?
Mengikut definisi puasa, ada tiga kategori ujian yang dilalui iaitu makan, minum dan nafsu. Seronok rasanya, apabila ujian lapar dan dahaga di bulan Ramadan yang mulia ini, telah mencapai tahap lulus atau cemerlang. Masing-masing berjaya mematuhi syarat tempoh masa untuk kategori ujian lapar dan dahaga. Ini bermakna, jika mengikut peratus keseluruhan, maka nilai puasa kini adalah 66.67%. Kalau ikut gred di sekolah/universiti, markah ini boleh capai gred 'memuaskan'. 

Jika kategori ujian nafsu tidak mencapai tahap lulus, maka nilai keseluruhan puasa akan jadi sia-sia (0%). Teringat sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
"Berapa banyak orang yang berpuasa, sedangkan ganjaran kepada puasanya hanya lapar dan dahaga... " 
Sumber:  http://manmala.blogspot.com 
Ujian kategori nafsu yang paling sukar dilalui, walaupun syaitan telah dibelenggu di bulan Ramadan ini. Nafsu yang mana satukah, yang perlu dikawal? 
  1. Mata; contohnya 'tonton/tengok/klik' iklan atau program yang memaparkan gambar/video/aurat yang tak patut dilihat di TV atau Internet, baca fitnah/gossip
  2. Telinga; contohnya dengar lagu-lagu yang melalaikan, dengar umpatan/gossip 
  3. Mulut/lidah; contohnya marah-marah anak/isteri/suami/ibubapa, maki orang, fitnah orang, berbohong/berdusta, mengejek, mencebik, bergurau keterlaluan.
  4. Tangan; contohnya menulis perkataan yang tidak berfaedah, mengambil harta/barang orang lain, memfitnah orang melalui tulisan, hantar surat layang, tampar /pukul anak/isteri/kawan 
  5. Kaki; contohnya pergi ke disko tengok persembahan, pergi kedai toto tengok nombor apa yang kena, tendang anak/isteri/orang
http://telagabiru-tbsb.blogspot.com 
Jika telah mengenalpasti nafsu yang perlu dikawal dan pada masa yang sama mengakui kelemahan itu, maka dengan mudah untuk kita mengawal nafsu tersebut. Bagaimana? Apabila kita tahu di manakah/ bagaimanakah perbuatan/ tabiat BURUK kita boleh muncul, maka dengan mudah mencari SOLUSI atau jalan untuk mengelakkannya. 

Namun, jika telah mengenalpasti nafsu yang perlu dikawal dan pada masa yang sama TIDAK mengakui kelemahan itu, maka sukar bagi kita untuk keluar dari tabiat BURUK tersebut. Yang ruginya adalah kita kerana pahala puasa tak dapat, puasa lapar dan dahaga sahaja dan....yang paling ditakuti ialah kemurkaan Allah swt. 

Oleh itu, marilah kita semua kembali ke jalan Allah swt sebelum terlambat iaitu sebelum nyawa kita diambil olehNya. Insaflah dan kembalilah...sesungguhnya Allah swt Maha Pengampun Lagi Maha Pemurah dan suka kepada orang yang memohon keampunan. Keinsafan dan keampunan di bulan Ramadan ini pasti lebih membahagiakan dan bahagianya berpanjangan hingga ke akhirat.

Monday, July 30, 2012

Puasa Hapus Dosa (PhD): Syurga Menanti...

Ulama Nusantara Sheikh Nuruddin
Damai menghayati ilmu dalam bulan Ramadan melalui program Ihya Ramadan, TV Al-Hijrah bersama ulama nusantara yang tersohor iaitu Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Menontonnya, memperkukuhkan lagi ilmuku tentang ibadah puasa. Menuntut ilmu dari ulama yang merupakan pewaris para nabi, barakah dan limpahan nur rabbaninya dapat dirasai begitu dekat di hati. Alangkah bahagianya, jika cahaya ini terus berkilauan sehingga akhir hayat.

Hari ini, kita hampir berjaya melalui 1/3 bulan perjuangan dalam Ramadan. Tahniah kerana kita telah berjaya melatih organ sistem pemakanan kita agar serasi dengan jadual makan dan minum yang berbeza dengan bulan-bulan lain. Tahniah kerana kita telah berjaya melatih jasad kita bangun bersahur walaupun dengan seteguk air. Kita juga berjaya menggerakkan langkah kita ke surau untuk bersolat terawih. Kita juga berjaya menghabiskan beberapa juz Al-Quran walaupun tekak terasa perit. Tahniah kerana kita juga berjaya mendekatkan diri dengan program-program kebajikan. 

Panduan Hati Yang Lalai
Jasad terasa kuat dan jiwa terasa kental untuk meneruskan perjuangan yang berbaki 2/3 bulan lagi. Hati terus berdoa agar segala DOSAku diampunkan oleh Allah swt dan semua orang mengampunkan DOSAku; seperti sabda Nabi Muhamad s.a.w yang bermaksud (sila rujuk mukasurat 127 buku yang bertajuk "Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub"):
[Sabda 1] "Barangsiapa puasa sehari daripada bulan Ramadan diampuni baginya barang yang terdahulu daripada DOSAnya dan barang yang terkemudian. Maka apabila sempurna Ramadan, tiada disurat atasnya suatu DOSA hingga tahun yang lain. Maka jika mati ia dahulu daripada Ramadan yang lain, datang ia pada hari kiamat padahal tiada atasnya DOSA." 
 [Sabda 2] "Jikalau izin Allah swt bagi tujuh petala langit dan bumi bahawa berkata keduanya, nescaya berkata keduanya: 'Kesukaan yang amat besar bagi orang yang puasa Ramadan dengan syurga'."
Pabila Ramadan berlalu kelak, diri dan jiwaku bersih...sesuci bayi yang baru dilahirkan. Ku berharap puasa Ramadanku mampu menghapuskan dosaku sedetik yang lalu, semalam dan dosa-dosa silam. Mampukah benteng puasa yang telah kusiap siagakan dalam bulan Ramadan ini menjadi perisai untuk perjuangan selama 11 bulan yang mendatang? 

Wednesday, July 25, 2012

Pabila Hati Disentuh(PhD): Manisnya Ramadan!

http://manzlie-makkah.blogspot.com/ 
Hari ini, sudah masuk hari ke-5 kursus puasa dan masuk kali ke-6 kursus solat tarawih. Setiap amalan dijanjikan pahala melimpah ruah bagaikan mendapat durian runtuh. Bayangkan amalan-amalan sunat mendapat pahala macam membuat amalan wajib.

Bayangkanlah, kalau dalam peperiksaan akhir waktu belajar di sekolah/universiti, markah kita dinaikkan dari gred C kepada gred A+.  Dari markah sikit jadi markah banyak! Sudah tentu kita terbayang dalam transkrip/sijil kita, terpacak A+ dengan megahnya, lebih bangga lagi pada subjek wajib dan susah. Mestilah kita akan tersenyum-senyum hingga terbawa-bawa dalam mimpi. 

Sekarang, cuba bandingkan kisah markah dinaikkan dengan pahala di bulan Ramadan dilipatgandakan. 

Mata terpejam dan jauh di sudut hati, hati berbisik sendiri: " Hemm, pahala memang tidak nampak tapi manisnya pasti sudah terasa di dunia lagi. Ku ingin sangat-sangat merasakan seronoknya beribadah di bulan Ramadan yang barakah ini. Kupasti orang lain telah lebih dahulu merasa kemanisan itu berbanding aku." Hati nan terasa sepi terus berbicara dan berdialog sendirian.

Kumahu Hati Yang Jernih
Q: Camana aku tahu... tak seronok bertarawih? 
A: Hem...sebab bila bilal/diri sendiri baca doa setiap kali lepas empat rakaat, hati tak rasa apa-apa pun!
Q: Habis, nak buat macam mana? 
A: Fahamilah maksud doa yang dipohon dan cubalah baca doa dengan nada yang ada sedikit impak emosi.  Pastinya jiwa jemaah/diri sendiri akan terasa lebih dekat dengan Allah swt. Emosi tersentuh, barulah ada deria rasa terjaga!

Inilah antara isi doa yang kita baca selepas 4 rakaat tarawih iaitu doa yang sama apabila kita bertemu lailatul Qadr nanti. Hebat! Latihan berdoa untuk bertemu dengan Lailatul Qadr telah dimulakan dari hari pertama bertarawih lagi! Tapi kita tak perasan...begitulah indahnya Islam.