Ramadan ke-14, Gred Puasaku? |
Mengikut definisi puasa, ada tiga kategori ujian yang dilalui iaitu makan, minum dan nafsu. Seronok rasanya, apabila ujian lapar dan dahaga di bulan Ramadan yang mulia ini, telah mencapai tahap lulus atau cemerlang. Masing-masing berjaya mematuhi syarat tempoh masa untuk kategori ujian lapar dan dahaga. Ini bermakna, jika mengikut peratus keseluruhan, maka nilai puasa kini adalah 66.67%. Kalau ikut gred di sekolah/universiti, markah ini boleh capai gred 'memuaskan'.
Jika kategori ujian nafsu tidak mencapai tahap lulus, maka nilai keseluruhan puasa akan jadi sia-sia (0%). Teringat sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
"Berapa banyak orang yang berpuasa, sedangkan ganjaran kepada puasanya hanya lapar dan dahaga... "
Sumber: http://manmala.blogspot.com |
Ujian kategori nafsu yang paling sukar dilalui, walaupun syaitan telah dibelenggu di bulan Ramadan ini. Nafsu yang mana satukah, yang perlu dikawal?
- Mata; contohnya 'tonton/tengok/klik' iklan atau program yang memaparkan gambar/video/aurat yang tak patut dilihat di TV atau Internet, baca fitnah/gossip
- Telinga; contohnya dengar lagu-lagu yang melalaikan, dengar umpatan/gossip
- Mulut/lidah; contohnya marah-marah anak/isteri/suami/ibubapa, maki orang, fitnah orang, berbohong/berdusta, mengejek, mencebik, bergurau keterlaluan.
- Tangan; contohnya menulis perkataan yang tidak berfaedah, mengambil harta/barang orang lain, memfitnah orang melalui tulisan, hantar surat layang, tampar /pukul anak/isteri/kawan
- Kaki; contohnya pergi ke disko tengok persembahan, pergi kedai toto tengok nombor apa yang kena, tendang anak/isteri/orang
http://telagabiru-tbsb.blogspot.com |
Jika telah mengenalpasti nafsu yang perlu dikawal dan pada masa yang sama mengakui kelemahan itu, maka dengan mudah untuk kita mengawal nafsu tersebut. Bagaimana? Apabila kita tahu di manakah/ bagaimanakah perbuatan/ tabiat BURUK kita boleh muncul, maka dengan mudah mencari SOLUSI atau jalan untuk mengelakkannya.
Namun, jika telah mengenalpasti nafsu yang perlu dikawal dan pada masa yang sama TIDAK mengakui kelemahan itu, maka sukar bagi kita untuk keluar dari tabiat BURUK tersebut. Yang ruginya adalah kita kerana pahala puasa tak dapat, puasa lapar dan dahaga sahaja dan....yang paling ditakuti ialah kemurkaan Allah swt.
Oleh itu, marilah kita semua kembali ke jalan Allah swt sebelum terlambat iaitu sebelum nyawa kita diambil olehNya. Insaflah dan kembalilah...sesungguhnya Allah swt Maha Pengampun Lagi Maha Pemurah dan suka kepada orang yang memohon keampunan. Keinsafan dan keampunan di bulan Ramadan ini pasti lebih membahagiakan dan bahagianya berpanjangan hingga ke akhirat.
No comments:
Post a Comment